web widgets

Monday, May 5, 2014

BELAJAR MEMBACA

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna melalui interaksi para pembaca dengan bahan bacaannya. Proses ini sangat berkait rapat dengan proses penglihatan. Menurut Marohaini Yusoff(1989), proses membaca ini sebagai satu perlakuan yang kompleks dan sukar untuk diperhatikan.  Oleh hal yang demikian, banyak kaedah yang boleh digunakan dalam proses membaca ini. Antara kaedah yang sering digunakan ialah :
  •     I.        Kaedah Fionik

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menekankan penguasaan murid-murid terhadap hubungan antara huruf dan bunyi. Dalam kaedah ini, murid-murid akan diajar bunyi-bunyi huruf dan juga lambing-lambang huruf serta mengaitkannya dengan bunyi huruf tersebut.

         Kelebihan penggunaan kaedah fionik ini ialah:

a.    Huruf yang dilihat oleh murid dapat dikaitkan dengan bunyi yang didengar atau disebut oleh murid.
b.    Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat para murid.
c.    Seterusnya, kaedah ini dapat mengurangkan beban memori murid-murid.

Kelemahan penggunaan kaedah fionik ialah :

a.    Murid memerlukan masa yang panjang untuk mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum aktiviti membaca.
b.    Kaedah ini tidak sesuai digunakan untuk murid yang tidak mahir dalam menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.


  •  II.        Kaedah Abjad


Kaedah ini telah merupakan kaedah yang tertua yang telah dijalankan oleh Kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini juga turut dikenali sebagai kaedah huruf. Kaedah ini memberikan penekanan terhadap penghafalan abjad, pembentukan suku kata serta juga aktiviti mengeja. Kaedah ini bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dalam pengejaan kanak-kanak pada masa yang akan datang. 

         Kelebihan penggunaan kaedah abjad ialah :

a.    Penggunaan kaedah ini dapat membolehkan kanak-kanak untuk membaca perkataan-perkataan baharu yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
b.    Kaedah ini sangat mudah untuk dikendalikan oleh guru.
c.    Kaedah ini sangat sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana suku kata dalam Bahasa Melayu hampir sama bunyinya.

Kelemahan penggunaan kaedah abjad ialah :

a.    Murid mungkin tidak memahami apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan pengejaan.
b.    Bacaan murid mungkin tidak lancer kerana hendak mengeja dan mengingat bunyi suku kata tersebut.
c.    Kaedah ini mungkin boleh membosankan murid-murid yang kurang cerdik apabila meeka diberikan latih tubi yang banyak.

  • III.        Kaedah Pandang dan Sebut


Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang sebut kerana aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini juga turut dikenali sebagai kaedah seluruh kata. Dalam kaedah ini, perkataan akan didedahkan dahulu sebelum aktiviti menghafal abjad dan juga suku kata.  Dalam kaedah ini dua perkara akan diutamakan. Perkara tersebut ialah membunyikan perkataan berdasarkan pengalaman melalui gambar. Perkara yang seterusnya ialah membunyikan ayat melalui gambar yang mengandungi cerita.

        Kelebihan penggunaan kaedah pandang dan sebut ialah:

a.    Kaedah ini dapat menarik minat murid-murid kerana penggunaan kad yang bergambar.
b.    Murid-murid dapat memahami apa yang mereka baca.
c.    Penyebutan bunyi yang betul juga dapat dilatih sejak kecil lagi.

Kelemahan penggunaan kaedah pandang dan sebut ialah :

a.    Perbendaharaan kata murid-murid terbatas jika menggunakan kaedah ini.
b.   Untuk kanak-kanak, mereka tidak dapat mengenali huruf secara formal kerana lambat mengenal bunyi dan juga suku kata.
c.    Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai sahaja.

No comments:

Post a Comment