Masalah dalam membaca ini
semakin hari semakin membimbangkan kerana terdapat segelintir pelajar yang
belum tahu membaca walaupun sudah memcapai usia yang sepatutnya. Keadaan ini
bukan sahaja berlaku di sekolah rendah tetapi juga turut berlaku di sekolah
menengah. Masalah yang berlaku ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu umur
akal dan umur biologi. Umur akal ini ialah istilah yang digunakan bagi pelajar
yang tidak dapat membaca pada usia yang sepatutnya yang berdasarkan umur biologi
atau dengan kata lain umur seseorang pelajar yang diukur berdasarkan kurikulum
rasmi pendidikan di sekolah sebagai contoh tahun satu. Seterusnya, umur biologi
ialah umur yang dikira sejak seseorang itu lahir lagi.
Menurut Mahzan Arshad,(2009),
terdapat dua faktor yang menyebabkan masalah membaca. Faktor tersebut ialah
faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor dalaman, faktor yang
terlibat ialah faktor fizikal dan juga faktor neorologikal. Antara kecacatan
fizikal yang mempengaruhi keupayaan membaca ialah :
a) Masalah atau kecacatan penglihatan
Dalam keadaan ini, terdapat
banyak punca yang akan menganggu keupayaan membaca. Antara punca tersebut ialah
juling, rabun jauh, rabun dekat, Amblyopiks dan juga Astigmatism. Punca-punca
ini yang mendatangkan masalah kepada kanak-kanak khasnya untuk menggunakan
penglihatan mereka untuk aktiviti membaca. Masalah yang timbul pada peringkat
awal ini yang akan mendatangkan masalah yang teruk pada proses mendekod.
b) Masalah pertuturan
Dalam masalah
pertuturan, punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah ini ialah masalah
tumbesaran, pendengaran, masalah dalam pertumbuhan kerongkong, masalah sumbing
dan juga kecederaan pada otak sama ada kecederaan yang serius ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini tidak akan mengakibatkan keupayaan
membaca dan sekiranya terdapat kesan sekalipun tetapi kesan tersebut hanya
kepada psikologi sahaja.
c) Masalah pendengaran
Masalah pendengaran ini akan menyebabkan pelajar
menghadapi kesukaran yang amat dalam menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, masalah
pendengaran yang ringan boleh dirawat melalui rawatan yang sesuai. Pelajar yang
menghadapi ini akan berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan bunyi konsonan
dan juga bunyi vokal. Dalam masalah pendengaran ini, terdapat dua jenis
kecacatan iaitu kecacatan sementara dan juga kecacatan kekal. Kecacatan
pendengaran yang sementara ini boleh dirawat dengan cara membersihkan telinga
dan juga mengambil antibiotik. Seterusnya, kecacatan pendengaran yang kekal ini
pula perlu merujuk kepada doktor-doktor yang lebih pakar untuk membolehkan
rawatan yang sempurna diberikan kepada para pelajar.
Faktor dalaman
yang seterusnya ialah faktor neurologikal. Faktor ini juga turut menyebabkan
masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang terdapat dalam faktor
neurologikal iaitu :
a.
Faktor keturunan
Masalah faktor ini dapat diatasi dengan cara mengubah
sikap ibu bapa para pelajar. Sebagai contoh ibu bapa menunjukkan minat mereka
terhadap bahan bacaan dan berminat terhadap kejayaan anak-anak mereka dalam
pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh menunjukkan model bahasa kepada
anak-anak mereka.
b.
Faktor Emosi
Faktor ini terjadi apabila pelajar yang gagal atau
tidak tahu membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak
bermotivasi, kecewa, malas, gagal dan sebagainya.
c.
Faktor Kerosakan Otak
Faktor kerosakan otak ini adalah disebabkan oleh
kecederaan, penyakit atau bahan toksik yang telah mencemarkan otak atau di
bahagian otak.
d.
Faktor Disleksia
Faktor diskleksia ialah satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak sejak kecil lagi dan keadaan ini berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Terdapat segelintir pengidap penyakit disleksia ini mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikuti urutan perkataan seperti nama bulan, urutan hari dan juga sifir.
Faktor diskleksia ialah satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak sejak kecil lagi dan keadaan ini berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Terdapat segelintir pengidap penyakit disleksia ini mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikuti urutan perkataan seperti nama bulan, urutan hari dan juga sifir.
Terdapat faktor
yang tergolong dalam faktor luaran. Antara faktor tersebut itu ialah :
- i. Faktor persekitaran
Dalam faktor persekitaran, persekitaran di rumah
memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kebolehan membaca
seseorang. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosiobudaya,
pendapatan ahli keluarga, kestabilan emosi, corak interaksi dan juga komunikasi
serta sikap seseorang atau ibu bapa terhadap pembelajaran. Ibu bapa seharusnya
menjadi model dalam tingkah laku, tabiat dan suka membaca. Keluarga juga
memainkan peranan dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka
sebagai contoh mereka boleh menyediakan bahan bacaan yang boleh menarik minat
anak-anak untuk membaca di rumah. Hal ini demikian kerana penyediaan bahan
bacaan ini boleh mempengaruhi minat membaca anak-anak. Persekitaran di sekolah
juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan
murid-murid. Tingkah laku guru di dalam kelas juga amat mempengaruhi kebolehan
mambaca para pelajar. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan bahan bacaan yang
sesuai, jenis soalan yang baik dan memberi dorongan serta pengukuhan kepada
para pelajarnya.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah membaca :
I.
Guru- guru yang
berpengalaman haruslah memberikan bimbingan kepada pelajar yang ada masalah
dalam membaca.
II. Menggalakkan kanak-kanak
mengeja tetapi jangan menggunakan paksaan.
III.
Ibu bapa haruslah
memainkan peranan mereka dalam menarik minat anak-anak mereka untuk membaca.